Sunday, February 27

Selamat Malam Kekasih


Selamat Malam Kekasih...sebuah novel karya Aina Emir yang mengisahkan sebuah masyarakat Melayu elit yang mementingkan wang..Mereka fikir dengan wang mereka boleh membeli segala-galanya termasuk kebahagiaan..Mereka juga mengetepikan soal agama,kesetiaan dan kejujuran disebabkan wang..You'll boleh beli novel ni untuk ketahui kisah penuh novel ini..Novel ni memamg menarik..Lagipun memamg saya ni peminat Aina Emir..Hampir semua novel beliau saya sudah baca..Terbanglah Sayang,Matahariku,Hanya Kita Berdua,Bunga-bunga Kemboja dan banyak lagi karya yang belia telah hasilkan..Setakat ni semua karya beliau memenuhi citarasa saya..:)



Watak utama dalam novel ni ialah Maya Kamilla dan Misyal..Cinta yang tidak mengenali umur dan darjat..Walaupun dalam Selamat Malam Kekasih cinta mereka terhalang disebabkan umur dan darjat akan tetapi mereka tetap bersama juga..Walhal Maya Kamilla bukan anak dara lagi dan Misyal muda 2 tahun Maya..Mereka dapat bersama jugak disebabkan sudah tertulis di Loh Mahfuz yang mereka akan bersama jua walaupun pelbagai rintangan yang mereka hadapi..Overall cerita ni memamg menarik banyak misteri akan terlerai di penghujung cerita..

(Ilustrasi Kamillaville dalam Selamat Malam Kekasih)


Selamat MemBaca!!!

0 comments:

Post a Comment