Sunday, February 20

Kebaikan Makan Coklat?

Apa kebaikan makan coklat?Ada kebaikan ke makan coklat ni?Saya pasti mesti ramai yang suka coklat..dan ada yang mnjadikan coklat sebagai hadiah untuk dihadiahkan kepada yang tersayang..:)

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut tentang kebaikan coklat ni..Saya ingin bagitahu sejarah tentang coklat..rasanya korang semua tau makan je tapi tak tahu mana datangnya coklat ni..:P Coklat ditemui oleh orang-orang Aztec..Semasa pemerintahan Raja Montezuma,biji dijadikan sebagai matawang mereka..Dan apabila Hernando Cortez datang berjumpa Raja Montezuma,beliau menghadiahkan koko kepada Hernando Cortez..Hernando membawa koko pulang ke Sepanyol..Minuman koko menjadi rebutan di kalangan bangsawan Eropah..Lama-kelamaan biji koko mula diproses dan menghasil berbagai coklat seperti hari ni..Cukup la ni..bagitau panjang2 korang bukan nak baca nnti...hehe..


Coklat memang ada banyak kebaikanya..Coklat mempunyai banyak nutrisi yang tinggi..Ia mengandungi potassium,magnesium, calcium and sodium serta vitamin A1, B1, B2, D, dan E..

Kebaikan lain yang ada pada coklat:

Kafein-Meningkatkan konsentrasi
Phenylethylamine-Ia menghasilkan emosi gembira dan ceria.
Tryptophan-Ia bertindak sebagai anti-depressi dan pelawan stress yang natural
Phenols-Mengurangkan risiko sakit jantung
Catechins-Mencegah dari penyakit kardiovaskular dan kanser
Anandamide-Seperti Marajuana,memberi kesan "high" untuk merasa lega dan lebih sihat

    Jadi anda dah tahu kebaikan makan coklat..bolehlah lepas ni anda beli coklat banyak..hehe..Selamat Menjamu Selera..:D

    1 comments:

    Cik Yana said...

    Nice sharing. Tapi ada keburukan dia jugak kan? :)

    Post a Comment